

menyingkap tirai hati
mengintai keampunan
di halaman subur rahmatMu Tuhan
tiap jejak nan bertapak
debu kejahilan
akan ku jirus dengan madu keimanan
tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadamkan api neraka
andai benar mengalir dari nasuha nurani
takkan berpaling pada palsu duniawi
destinasi cinta yang ku cari
sebenrnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa didalam hati
telah ku redah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang ku temui
hanya kecewa
menyelubungi..
ku gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
moga dapat ku berteduh
direndang kasihmu
ya
Ilahi Rabbi
destinasi cinta yang ku cari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa didalam hati
ku gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
untuk ku Semai menjadi sepohon makrifat
moga dapat ku bertaduh direndang kasihmu
namun ranjaunya tidak akan sunyi
selagi denyut nadi belum berhenti
durjana syaitan akan cuba menodai segumpal darah bernama hati
lestarikan wali kalbu ku oh Tuhanku
leraikan aku dari pautan nafsu
biapun sukar bagi ku
melamar redha Mu
namun masihku mengharap ampunanMu
wahai Tuhanku
Ya Allah
No comments:
Post a Comment