disini tempat aku berkongsi suka duka aku

Allah did not promise that the way would be easy..
but..
He did promise that
He would be with you
in every single step of your life
as long as you want Him to...

Wednesday, September 7, 2011

Subhanallah- Maha Suci Allah

assalamualaikum semua..apa khabar agaknya  anda semua ye? mudah-mudahan semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.  sesunggahnya segala yang ditetapkan oleh Allah swt merupakan suatu yang sangat indah untuk setiap hambanya.  INDAH KEW SHUHADA?? jawapannya "YA".  walau sepahit mana pun kehidupan kita, kenanglah ia kerana  itu merupakan perkara terindah yang membuatkan kita kenal erti hidup.
hehe...meleret pula "Set Induksi" aku kali ini.  apa sebenarnya yang aku nak kongi
dengan kawan-kawan aku ialah saat indah yang aku alami sewaktu 
pertama kali menjejakkan kaki di UPSI dan bergelar mahasiswi UPSI.

sebenarnya hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru.  aku dapat
lautan manusia disekitar kawasan kolej aku ini.
sehingga membuatkan hati ini sayu kerana terkenangkan saat aku 
sampai sini dulu.

"ESOK, ADA NAIK BAS TU LAH PERGI KAMPUS" kata ayahku saat melihat bas UPSI 
lalu melepasi kami.  bukan main gembira lagi mak dan ayah aku bila tengok anak mereka ini
dapat menjejakkan kaki di Universiti.

sambil membawa baldi, bantal busuk, dan beg baju. aku hanya tersenyum.  
manisnya saat itu...mesti awak semua pun ada saat manis 
yang dirasakan masa itu kan?  walau apa pun yang awak
semua alami ingatlah, bahawa kehadiran kita di sini memikul amanah
dari ibu bapa di kampung.  oleh itu, aku harap..amanah 
itu masih lagi dipikul walau apa pun badai yang mendatang.

wah, menitis lagi air mata ini..hehe..ok la...terima kasih sebab sudi jenguk page ini  dan 
baca entry aku. semua kita semua sentiasa di bawah lindungan Maha Penjaga.
~amin~
dari aku,
dak skema.