disini tempat aku berkongsi suka duka aku

Allah did not promise that the way would be easy..
but..
He did promise that
He would be with you
in every single step of your life
as long as you want Him to...

Wednesday, February 15, 2012

perkongsian ilmu 2

Assalamualaikum buat semua pembaca entry kedua ini.  Dalam entry kedua, diri ini akan menerangkan mengapa Allah layak disembah dan bukannya tuhan yang lain.  Baiklah, mari kita highlight topik utama.

MENGAPA ALLAH DAN BUKAN TUHAN YANG LAIN?

Dalam mencari jawapan bagi semua soalan yang bertubi-tubi dilemparkan oleh masyarakat luar sana tentang Islam, kita haruslah kembali merujuk kepada kalam suci Allah, Al-Quran.

“Katakanlah, Allah itu Esa (1).  Allah tempat bergantung segala sesuatu (2).  Tidak beranak dan diperanakkan (3).  Tiada suatu pun yang sebanding dengannya (4).”
Surah al-Ikhlas




Berdasarkan surah ini, kita dapat mengetahui siapa Tuhan sebenar yang layak disembah.  Berdasarkan pembacaan yang telah dibuat, diri ini akan membandingkan kriteria yang terdapat diatas dengan Latta dan Uzza yang mana merupakan berhala yang disembah oleh golongan jahiliah.

“Katakanlah, Allah itu Esa.”


Esa bermaksud satu.  Maka dengan ini Allah Yang Maha Esa hanya ada satu dan tiada dua atau tiga.  Baiklah, sekarang adakah anda berasakan bahawa Latta dan Uzza itu satu? Jawapannya tidak.  Jadi dalam ujian yang pertama Latta dan Uzza telah gagal.

“Allah tempat bergantung segala sesuatu”


Ayat ini beerti Tuhan itu sendiri menjadi tempat setiap makhluk bergantung kerana Dialah yang memberi rezeki, kesenangan, kehidupan, dan segala-galanya kepada setiap makhluk.  TanpaNya, tiada suatu pun hidupan di dunia ini boleh wujud.  Jadi, semua makhluk bergantung hidup kepada Tuhan dan bukannya Tuhan yang bergantung kepada makhluk.  Masyarakat Arab Jahiliah dahulu yang ingin menyembah Latta dan Uzza akan membawa berbagai buah-buahan, korban dan lain-lain untuk berhala.  Bukankah sepatutnya Latta dan Uzza yang memberikan makanan dan segala keperluan kepada makhluknya.  Ini menunjukkan bahawa Latta dan Uzza bukan tempat bergantung semua makhluk, tetapi Latta dan Uzza pula yang bergantung kepada makhluk.  Maka dalam ujian kedua Latta dan Uzza juga telah gagal.

“Tidak beranak dan tidak diperanakkan”


Latta dan Uzza merupakan berhala yang dilahirkan melalui ukiran tangan manusia.  Latta dan Uzza juga tidak beranak kerana Latta dan Uzza tidak berkuasa untuk melahirkan anak.  Sekiranya Latta dan Uzza ingin anak, dia perlu bergantung harap kepada manusia untuk mengukirkan berhala-berhala kecil untuk dijadikan sebagai anak.  Maka dengan ini, secara automatiknya, Latta dan Uzza telah gagal dalam ujian ketiga.

“Tiada suatu pun yang sebanding dengannya.”


Ayat ini membawa erti bahawa tiada satupun hidupan di dunia ini yang sebanding dengan Allah.  Oleh kerana Latta dan Uzza telah gagal bagi ketiga-tiga ujian sebelum ini maka, secara automatiknya Latta dan Uzza gagal memenuhi ciri keempat ini.  Ini bermakna, Latta dan Uzza hanyalah batu yang diukir dan bukannya Tuhan.  Ia hanya objek sembahan yang digunakan oleh mereka yang jahil dan sesat. 

Surah ini boleh digunakan bagi membuat perbandingan siapa Tuhan yang sebenarnya dengan mana-mana objek atau apa-apa sahaja yang disamakan dengan Tuhan oleh mana-mana kepercayaan.  Pasti semuanya akan gagal dengan ujian surah ini.

Jadi, sebagai manusia yang telah dilahirkan sebagai Islam, bersyukurlah.  Marilah kita bersama melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Amin~~ 

Tuesday, February 14, 2012

perkongsian ilmu 1

Assalamualaikum dan selawat ku panjatkan sebagai pembuka bicara kita pada pertemuan ini semoga semua ilmu yang dikongsi kali ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Ruangan ini bertujuan bagi kita saling bertukar ilmu pengetahuan.  Baiklah bagi entry yang pertama ini ku ingin berkongsi tentang soalan-soalan klise yang sering dikemukakan oleh individu yang agak lemah pengetahuannya dalam bidang agama.  Tidak kiralah samaada individu tersebut merupakan seorang muslim atau tidak.

Mengapa saya perlu menyembah Allah?

Baiklah, sebagai manusia kita hanya menumpang jasad yang diberikan oleh Allah.  Malah, roh yang berada dalam jasad ini juga merupakan suatu pinjaman Allah kepada kita.  Ini menunjukkan bahawa badan kita ini bukan milik kita.

Baiklah mari kita sama-sama buktikan.  Sekarang cuba angkat tangan anda dan genggamkan. Sekarang cuba angkat kaki pula dan goyangkan-goyangkan.  Anda boleh melakukannya?? Baiklah sekarang cuba buka mulut anda, cuba tutup pula.  Boleh?? Hurm, mari kita teruskan.  Anda semua tahukan bagaimana kita boleh merasakan degupan jantung kita. Ya, cuba pegang dada anda untuk rasa degupan jantung. 

Da rasa?sekarang cuba hentikan degupan tu untuk 5 minit.  Boleh? Siapa yang boleh??

Cuba angkat tangan…hurm..tak boleh kan? Begitu juga dengan sistem dalaman yang lain macam paru-paru, hempedu, hati dll. Kita tidak mampu untuk mengawalnya.  Cuba bayangkan, kalau benar jasad ni milik kita, kita yang kawal badan kita…bila tiba suatu masa kita tengah sibuk buat kerja, macam mana dengan pengawalan organ badan? Kalau macam tulah InsyaAllah ramai yang tak jumpa hari tua sebab x mampu nk mengawal kesemua organ badan dalam satu masa yang sama.

Ini menunjukkan bahawa sebagai manusia kita hanya mampu mengawal tidak sampai 5% daripada tubuh badan kita.  Yang selebihnya berfungsi secara automatic macam yang ditetapkan oleh Allah.   Itu menunjukkan bahawa jasad yang kita miliki ini bukan milik kita. Ia hanyalah sekadar pinjaman dari Allah. 
Sebagai balasan kita kepada Allah yang telah meminjamkan anugerah terindah ini, hanya satu perkara saja yang Allah minta.

Mengaku Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

jadi MENGAPA ANDA PERLU MENYEMBAH ALLAH?

Tepuk dada, tanya iman dan akal.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan hidayah Allah s.w.t.
Amin~~

Monday, February 13, 2012

rindunya...

assalamualaikum dan selawat kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w
setelah sekian lama blog ini bersawang, akhirnya diri ini berpeluang jua untuk kembali menulis
dalam ruangan ini.

hurm...diri ini teringat akan seseorang yang pernah memberikan kata-kata ini kepada ku..
"sampaikanlah ilmu itu walaupun sepatah"

jadi dari kata-kata itu, diri ini berasakan adalah lebih baik sekiranya satu ruangan bagi kita berkongsi ilmu diwujudkan...oleh itu, selepas ini insyaAllah entry-entry yang akan dimuatkan
di ruangan ini adalah entry yang lebih ilmiah...

hurm..semoga dengan wujudnya entry ini..ukhuwah antara kita semakin erat dan
dapatlah kita berkongsi ilmu...
amin~~