disini tempat aku berkongsi suka duka aku

Allah did not promise that the way would be easy..
but..
He did promise that
He would be with you
in every single step of your life
as long as you want Him to...

Wednesday, February 15, 2012

perkongsian ilmu 2

Assalamualaikum buat semua pembaca entry kedua ini.  Dalam entry kedua, diri ini akan menerangkan mengapa Allah layak disembah dan bukannya tuhan yang lain.  Baiklah, mari kita highlight topik utama.

MENGAPA ALLAH DAN BUKAN TUHAN YANG LAIN?

Dalam mencari jawapan bagi semua soalan yang bertubi-tubi dilemparkan oleh masyarakat luar sana tentang Islam, kita haruslah kembali merujuk kepada kalam suci Allah, Al-Quran.

“Katakanlah, Allah itu Esa (1).  Allah tempat bergantung segala sesuatu (2).  Tidak beranak dan diperanakkan (3).  Tiada suatu pun yang sebanding dengannya (4).”
Surah al-Ikhlas




Berdasarkan surah ini, kita dapat mengetahui siapa Tuhan sebenar yang layak disembah.  Berdasarkan pembacaan yang telah dibuat, diri ini akan membandingkan kriteria yang terdapat diatas dengan Latta dan Uzza yang mana merupakan berhala yang disembah oleh golongan jahiliah.

“Katakanlah, Allah itu Esa.”


Esa bermaksud satu.  Maka dengan ini Allah Yang Maha Esa hanya ada satu dan tiada dua atau tiga.  Baiklah, sekarang adakah anda berasakan bahawa Latta dan Uzza itu satu? Jawapannya tidak.  Jadi dalam ujian yang pertama Latta dan Uzza telah gagal.

“Allah tempat bergantung segala sesuatu”


Ayat ini beerti Tuhan itu sendiri menjadi tempat setiap makhluk bergantung kerana Dialah yang memberi rezeki, kesenangan, kehidupan, dan segala-galanya kepada setiap makhluk.  TanpaNya, tiada suatu pun hidupan di dunia ini boleh wujud.  Jadi, semua makhluk bergantung hidup kepada Tuhan dan bukannya Tuhan yang bergantung kepada makhluk.  Masyarakat Arab Jahiliah dahulu yang ingin menyembah Latta dan Uzza akan membawa berbagai buah-buahan, korban dan lain-lain untuk berhala.  Bukankah sepatutnya Latta dan Uzza yang memberikan makanan dan segala keperluan kepada makhluknya.  Ini menunjukkan bahawa Latta dan Uzza bukan tempat bergantung semua makhluk, tetapi Latta dan Uzza pula yang bergantung kepada makhluk.  Maka dalam ujian kedua Latta dan Uzza juga telah gagal.

“Tidak beranak dan tidak diperanakkan”


Latta dan Uzza merupakan berhala yang dilahirkan melalui ukiran tangan manusia.  Latta dan Uzza juga tidak beranak kerana Latta dan Uzza tidak berkuasa untuk melahirkan anak.  Sekiranya Latta dan Uzza ingin anak, dia perlu bergantung harap kepada manusia untuk mengukirkan berhala-berhala kecil untuk dijadikan sebagai anak.  Maka dengan ini, secara automatiknya, Latta dan Uzza telah gagal dalam ujian ketiga.

“Tiada suatu pun yang sebanding dengannya.”


Ayat ini membawa erti bahawa tiada satupun hidupan di dunia ini yang sebanding dengan Allah.  Oleh kerana Latta dan Uzza telah gagal bagi ketiga-tiga ujian sebelum ini maka, secara automatiknya Latta dan Uzza gagal memenuhi ciri keempat ini.  Ini bermakna, Latta dan Uzza hanyalah batu yang diukir dan bukannya Tuhan.  Ia hanya objek sembahan yang digunakan oleh mereka yang jahil dan sesat. 

Surah ini boleh digunakan bagi membuat perbandingan siapa Tuhan yang sebenarnya dengan mana-mana objek atau apa-apa sahaja yang disamakan dengan Tuhan oleh mana-mana kepercayaan.  Pasti semuanya akan gagal dengan ujian surah ini.

Jadi, sebagai manusia yang telah dilahirkan sebagai Islam, bersyukurlah.  Marilah kita bersama melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Amin~~ 

No comments:

Post a Comment