disini tempat aku berkongsi suka duka aku

Allah did not promise that the way would be easy..
but..
He did promise that
He would be with you
in every single step of your life
as long as you want Him to...

Wednesday, February 15, 2012

perkongsian ilmu 2

Assalamualaikum buat semua pembaca entry kedua ini.  Dalam entry kedua, diri ini akan menerangkan mengapa Allah layak disembah dan bukannya tuhan yang lain.  Baiklah, mari kita highlight topik utama.

MENGAPA ALLAH DAN BUKAN TUHAN YANG LAIN?

Dalam mencari jawapan bagi semua soalan yang bertubi-tubi dilemparkan oleh masyarakat luar sana tentang Islam, kita haruslah kembali merujuk kepada kalam suci Allah, Al-Quran.

“Katakanlah, Allah itu Esa (1).  Allah tempat bergantung segala sesuatu (2).  Tidak beranak dan diperanakkan (3).  Tiada suatu pun yang sebanding dengannya (4).”
Surah al-Ikhlas




Berdasarkan surah ini, kita dapat mengetahui siapa Tuhan sebenar yang layak disembah.  Berdasarkan pembacaan yang telah dibuat, diri ini akan membandingkan kriteria yang terdapat diatas dengan Latta dan Uzza yang mana merupakan berhala yang disembah oleh golongan jahiliah.

“Katakanlah, Allah itu Esa.”


Esa bermaksud satu.  Maka dengan ini Allah Yang Maha Esa hanya ada satu dan tiada dua atau tiga.  Baiklah, sekarang adakah anda berasakan bahawa Latta dan Uzza itu satu? Jawapannya tidak.  Jadi dalam ujian yang pertama Latta dan Uzza telah gagal.

“Allah tempat bergantung segala sesuatu”


Ayat ini beerti Tuhan itu sendiri menjadi tempat setiap makhluk bergantung kerana Dialah yang memberi rezeki, kesenangan, kehidupan, dan segala-galanya kepada setiap makhluk.  TanpaNya, tiada suatu pun hidupan di dunia ini boleh wujud.  Jadi, semua makhluk bergantung hidup kepada Tuhan dan bukannya Tuhan yang bergantung kepada makhluk.  Masyarakat Arab Jahiliah dahulu yang ingin menyembah Latta dan Uzza akan membawa berbagai buah-buahan, korban dan lain-lain untuk berhala.  Bukankah sepatutnya Latta dan Uzza yang memberikan makanan dan segala keperluan kepada makhluknya.  Ini menunjukkan bahawa Latta dan Uzza bukan tempat bergantung semua makhluk, tetapi Latta dan Uzza pula yang bergantung kepada makhluk.  Maka dalam ujian kedua Latta dan Uzza juga telah gagal.

“Tidak beranak dan tidak diperanakkan”


Latta dan Uzza merupakan berhala yang dilahirkan melalui ukiran tangan manusia.  Latta dan Uzza juga tidak beranak kerana Latta dan Uzza tidak berkuasa untuk melahirkan anak.  Sekiranya Latta dan Uzza ingin anak, dia perlu bergantung harap kepada manusia untuk mengukirkan berhala-berhala kecil untuk dijadikan sebagai anak.  Maka dengan ini, secara automatiknya, Latta dan Uzza telah gagal dalam ujian ketiga.

“Tiada suatu pun yang sebanding dengannya.”


Ayat ini membawa erti bahawa tiada satupun hidupan di dunia ini yang sebanding dengan Allah.  Oleh kerana Latta dan Uzza telah gagal bagi ketiga-tiga ujian sebelum ini maka, secara automatiknya Latta dan Uzza gagal memenuhi ciri keempat ini.  Ini bermakna, Latta dan Uzza hanyalah batu yang diukir dan bukannya Tuhan.  Ia hanya objek sembahan yang digunakan oleh mereka yang jahil dan sesat. 

Surah ini boleh digunakan bagi membuat perbandingan siapa Tuhan yang sebenarnya dengan mana-mana objek atau apa-apa sahaja yang disamakan dengan Tuhan oleh mana-mana kepercayaan.  Pasti semuanya akan gagal dengan ujian surah ini.

Jadi, sebagai manusia yang telah dilahirkan sebagai Islam, bersyukurlah.  Marilah kita bersama melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Amin~~ 

Tuesday, February 14, 2012

perkongsian ilmu 1

Assalamualaikum dan selawat ku panjatkan sebagai pembuka bicara kita pada pertemuan ini semoga semua ilmu yang dikongsi kali ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Ruangan ini bertujuan bagi kita saling bertukar ilmu pengetahuan.  Baiklah bagi entry yang pertama ini ku ingin berkongsi tentang soalan-soalan klise yang sering dikemukakan oleh individu yang agak lemah pengetahuannya dalam bidang agama.  Tidak kiralah samaada individu tersebut merupakan seorang muslim atau tidak.

Mengapa saya perlu menyembah Allah?

Baiklah, sebagai manusia kita hanya menumpang jasad yang diberikan oleh Allah.  Malah, roh yang berada dalam jasad ini juga merupakan suatu pinjaman Allah kepada kita.  Ini menunjukkan bahawa badan kita ini bukan milik kita.

Baiklah mari kita sama-sama buktikan.  Sekarang cuba angkat tangan anda dan genggamkan. Sekarang cuba angkat kaki pula dan goyangkan-goyangkan.  Anda boleh melakukannya?? Baiklah sekarang cuba buka mulut anda, cuba tutup pula.  Boleh?? Hurm, mari kita teruskan.  Anda semua tahukan bagaimana kita boleh merasakan degupan jantung kita. Ya, cuba pegang dada anda untuk rasa degupan jantung. 

Da rasa?sekarang cuba hentikan degupan tu untuk 5 minit.  Boleh? Siapa yang boleh??

Cuba angkat tangan…hurm..tak boleh kan? Begitu juga dengan sistem dalaman yang lain macam paru-paru, hempedu, hati dll. Kita tidak mampu untuk mengawalnya.  Cuba bayangkan, kalau benar jasad ni milik kita, kita yang kawal badan kita…bila tiba suatu masa kita tengah sibuk buat kerja, macam mana dengan pengawalan organ badan? Kalau macam tulah InsyaAllah ramai yang tak jumpa hari tua sebab x mampu nk mengawal kesemua organ badan dalam satu masa yang sama.

Ini menunjukkan bahawa sebagai manusia kita hanya mampu mengawal tidak sampai 5% daripada tubuh badan kita.  Yang selebihnya berfungsi secara automatic macam yang ditetapkan oleh Allah.   Itu menunjukkan bahawa jasad yang kita miliki ini bukan milik kita. Ia hanyalah sekadar pinjaman dari Allah. 
Sebagai balasan kita kepada Allah yang telah meminjamkan anugerah terindah ini, hanya satu perkara saja yang Allah minta.

Mengaku Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

jadi MENGAPA ANDA PERLU MENYEMBAH ALLAH?

Tepuk dada, tanya iman dan akal.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan hidayah Allah s.w.t.
Amin~~

Monday, February 13, 2012

rindunya...

assalamualaikum dan selawat kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w
setelah sekian lama blog ini bersawang, akhirnya diri ini berpeluang jua untuk kembali menulis
dalam ruangan ini.

hurm...diri ini teringat akan seseorang yang pernah memberikan kata-kata ini kepada ku..
"sampaikanlah ilmu itu walaupun sepatah"

jadi dari kata-kata itu, diri ini berasakan adalah lebih baik sekiranya satu ruangan bagi kita berkongsi ilmu diwujudkan...oleh itu, selepas ini insyaAllah entry-entry yang akan dimuatkan
di ruangan ini adalah entry yang lebih ilmiah...

hurm..semoga dengan wujudnya entry ini..ukhuwah antara kita semakin erat dan
dapatlah kita berkongsi ilmu...
amin~~

Wednesday, September 7, 2011

Subhanallah- Maha Suci Allah

assalamualaikum semua..apa khabar agaknya  anda semua ye? mudah-mudahan semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.  sesunggahnya segala yang ditetapkan oleh Allah swt merupakan suatu yang sangat indah untuk setiap hambanya.  INDAH KEW SHUHADA?? jawapannya "YA".  walau sepahit mana pun kehidupan kita, kenanglah ia kerana  itu merupakan perkara terindah yang membuatkan kita kenal erti hidup.
hehe...meleret pula "Set Induksi" aku kali ini.  apa sebenarnya yang aku nak kongi
dengan kawan-kawan aku ialah saat indah yang aku alami sewaktu 
pertama kali menjejakkan kaki di UPSI dan bergelar mahasiswi UPSI.

sebenarnya hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru.  aku dapat
lautan manusia disekitar kawasan kolej aku ini.
sehingga membuatkan hati ini sayu kerana terkenangkan saat aku 
sampai sini dulu.

"ESOK, ADA NAIK BAS TU LAH PERGI KAMPUS" kata ayahku saat melihat bas UPSI 
lalu melepasi kami.  bukan main gembira lagi mak dan ayah aku bila tengok anak mereka ini
dapat menjejakkan kaki di Universiti.

sambil membawa baldi, bantal busuk, dan beg baju. aku hanya tersenyum.  
manisnya saat itu...mesti awak semua pun ada saat manis 
yang dirasakan masa itu kan?  walau apa pun yang awak
semua alami ingatlah, bahawa kehadiran kita di sini memikul amanah
dari ibu bapa di kampung.  oleh itu, aku harap..amanah 
itu masih lagi dipikul walau apa pun badai yang mendatang.

wah, menitis lagi air mata ini..hehe..ok la...terima kasih sebab sudi jenguk page ini  dan 
baca entry aku. semua kita semua sentiasa di bawah lindungan Maha Penjaga.
~amin~
dari aku,
dak skema.

Tuesday, April 19, 2011

ciptaanMu Teragung...

aku mulakan entry aku kali ni dengan ucapan syahadah dan basmallah moga apa yang bakal aku kongsikan dapat berkat dariNya, seterusnya, aku nk panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada yang Maha Berkuasa, Pemilik sekelian alam, Penentu segala dan Pencipta hati-hati manusia.  sesungguhnya Dia telah menciptakan hati aku dan hati dia yang mana kedua-dua hati ini sedang menuju ke jalan yang lebih diberkati olehNya InsyaAllah ke alam perkahwinan....


the thing that i want to share here is, im so thankful because i've found and met someone that thought i couldn't met before.  someone that will accept me just the way i am.  someone that can accept my background whether it is "white or black".  hati ini di hambat rasa terharu, rasa bersyukur, rasa sangat kerdil di sisiNya apabila sagala pengakuan yang dibuat padanya dibalas dengan jawapan yang sangat mengejutkan hati ini.  sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dalam setiap aturan yang di buatNya.  hati yang kerdil lagi kecil hanya mampu memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan syukur kerana menemukan hati ini dengan hati yang sangat .....(don't know how to say..only Allah knew)...hati yang sangat redha dengan apa yang ditentukan dan ditakdirkan Allah.  ALHAMDULILLAH...


apa yang mampu aku cakap kat entry kali ini ialah...
andainya air mata mu mengalir hari ini
kerana menginsafi dosa-dosa semalam...
percayalah bahawa esok,
anda akan tersenyum kerana...
Allah sentiasa ada bersama kita...

yang ikhlas,
dak skema.

Monday, April 18, 2011

muhasabah cinta...


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x

memang ada antara anda yang berada diluar sana yang dah pernah dengar lagu ini, tapi entry kali ini sekadar perkongsian buat yang belum pernah dengar.  entah kenapa, sejak akhir-akhir ni senang sangat air mata nie mengalir...tapi bukan mengalir untuk mengenangkan insan lain ye...cuma sekarang hati ini sangat mudah terusik bila teringatkan arwah ayah, teringat zaman persekolahan, teringat zaman2 lawan mak ayah dulu, zaman jadi JAGOAN kat sekolah...rindu ke??menyesal ke??aku sendiri pun x pasti dengan apa yang aku rasa...pelik ek??

yang paling jauh bukanlah bintang, mentari dan jua rembulan,
tapi...
merupakan masa yang telah berlalu dan takkan kembali...
kelmarin...
kelmarin yang akan luput menjadi secangkir kenangan,
kelmarin yang terluput mengukir sesalan.
apa yang ada???
yang ada hanyalah hari ini dan akan datang.
gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu 
menjadi milik kita,
sedangkan...
semalam telah pergi buat selama-lamanya...
**peringatan siDia buat aku dan aku kongsi bersama korang semua

kawan-kawan...janganlah kita terlalu taksub dengan cinta manusia yang takkan membawa kita kemana-mana pun...YA...memang kita dibenarkan untuk berkasih sayang sesama insan, tapi janganlah sampai kasih sayang tersebut melunturkan kasih sayang kita pada yang lebih layak...Allah...
aku sedar aku bukanlah insan yang layak untuk menasihati sesiapa kerana aku sendiri masih lagi lemah dalam agama aku sendiri...banyak lagi ilmu yang belum aku pelajari, tapi dalam surah al-'asr ayat 3 "...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN..." telah menyebut bahawa Allah mengkehendakkan kita untuk saling ingat mengingati...

jangan lupa bahawa sebelum jasad ditiupkan roh, kita telah sain kontrak untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan...jadi, bila Allah dah tunaikan apa yang kita pinta kenapa tidak kita sebagai manusia tunaikan apa yang Allah suruh...betulkan???JOM TUNAIKAN JANJI KITA...
yang ikhlas,
dak skema.

Sunday, April 17, 2011

indahnya cinta...


assalamualaikum...dah lama aku tak post entry2 baru untuk santapan pembaca semua kan??? kali ni aku nak kongsikan apa yang telah aku jumpa semasa aku sibuk mencari video2 menarik di laman sesawang youtube td...INDAHNYA CINTA pada mulanya aku ingatkan video tentang kisah cinta remaja atau cinta monyet macam yang pernah kita semua  alami.  rasanya tiada siapapun yang terkecuali kerana kita sebagai manusia memang secara fitrahnya ingin disayangi dan di kasihi tak kiralah oleh ahli keluarga, sanak saudara, kekasih atau sahabat handai.  walau siapapun yang kita kasihi dan sedalam manapun kasih sayang kita kepada orang yang kita kasihi itu janganlah sampai menandingi kasih sayang kita kepada Pencipta kita ALLAH s.w.t yang tak pernah jemu memberikan kita rahmat dan kasih sayangnya dalam kehidupan kita seharian.  janganlah juga kita lupa pada kasih sayang Baginda Rasulullah yang tak pernah lupakan umatnya sehinggakan sewaktu baginda wafat, baginda masih memikirkan tentang umat-umatnya yang bakal hidup tanpa melihat baginda.

:) panjang lebar pula intro aku kali ni...sebenarnya apa yang hendak aku sampaikan pada korang semua ialah 
kasih ibu membawa kesyurga,
kasih bapa sepanjang masa,
kasih saudara masa BERADA,
kasih kawan masa bersama,
kasih kekasih hanya pada rupa,
KASIH BAGINDA JANGAN DILUPA,
KASIH ALLAH PALING UTAMA.

sesungguhnya kebijaksanaan+kesihatan+kecantikan+kegagahan+kehidupan yang kita miliki sejak dari lahirnya kita didunia ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita...balaslah kasihNya dengan patuh pada perintahNya dan tinggalkan laranganNya, nescaya hidup akan bahagia...
yang ikhlas,
dakskema

Monday, March 21, 2011

cebisan kenangan

setelah sekian lama aku menyepi, akhirnya dapat juga aku mencoret kembali, sesuatu yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan aku disini.  sebenarnya sekarang ini, aku dan kawan-kawan aku di UPSI sedang sibuk menyiapkan baki-baki tugasan yang masih lagi belum disiapkan.. masing-masing agak tension dan penat sebab nak berikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang lect kami amanahkan.  sebab tu kalo perasan ad jew antara kawan-kawan aku kat sini yang mukanya...MASHAALLAH.... sembab...hurm...tapi...semua tu akan menjadi cebisan kenangan terindah buat kami semua apabila kami telah graduate nanti...owh ye....sebenarnya, kami diberi tugasan untuk membuat blog.  jadi aku pun terpaksa membuat lagi 1 blog khas untuk tugasan tersebut.  ini URLnye... nurulshuhadabintiesakkaq1043.blogspotl.com jadi kalau anda semua ada kelapangan nanti, jemputlah singgah ke laman tersebut.  tapi, buat masa sekarang blog tersebut masih lagi kosong..insyaAllah...hujung minggu ini ada info yang boleh aku kongsi bersama dengan anda semua...
(oleh sebab terlalu banyak assignment...aku pun sudah jadi terbiasa untuk menggunakan bahasa dan ejaan standart...tapi rasanya ini juga merupakan salah satu cara untuk kita hargai bahasa kita sendiri kan? jadi, tiada sebablah mengapa aku perlu berasa malu untuk menggunakan bahasa standart dalam blog aku ini. )

Friday, February 11, 2011

AKIM-JANJI

Akim - Bawa Kau Pergi ( Lirik )

sejak akhir2 nie aku suke lak layan lagu akim...
jd aku sekadar nk berkongsi ape yang aku suke ngan kowg sume...
hope kowg enjoy...






Monday, November 15, 2010

die kecik ag...

tengah aku study td, tibe2 aku teringatkan peel anak sedare ngan sepupu aku time raye yang lepas...
situasi die cm nie...

bermain di ruang tamu.
akma: meh la bagi mainan too..
ecah : aku nak main la..
(mereka pown bergaduh)
bese r dak2 kn kalo bergadoh misti ganas...
ecah cakar r muke si akma, maka terkopek r sedikit kulit di hidung akma lantaran cakaran tersebut..
hahahaha...ayat karangan tooo
pastoo...akma pown nangesh menuju kearah mak die...
mak die pown pujuk akma...
setelah beberapa minit di pujuk maka akma pun berhenti menangis...
datang la sepupu die yang bernama shuhada (aku le too)

ada  :nape akma x balas alek??cakar r muke die...
akma: ala..budak2...
kuang3...
aku gelak besa kowt...
padahal jarak umor dowg setaon jep...
akma = 5 thun, ecah= 4 tahun...
akma pgkt mkck, ecah pgkat anak sedare...
hahaha...
aku cite nie bukan ape...
sj nk bgtaw kwn2 kat lua sane...
sedang kan budak2 ley saling memaafkan ...
ini kan pulak kowg, yang da tua...
:)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA... 

Thursday, October 21, 2010

kenangan membawa ke tua 2...


haii...
hari too aku da cite pasal kenangan aku jatuh bilik air smpai  kna jait...
hahahaha...
kali nie aku nk cite pasal kenangan kene gigit cakar dengan kera berok...
mase kecik-kecik lu...pobia gak ar aku ngan berok ni seketike...
tp bile da besa makin remaja... aku da x kesah da bile jumpe berok nie...

dulu..mase aku kecik2...incik ayah ngan puan emak penah bwk aku p umah 
mak angkat dowg...
(kalo da mak angkat mereka sudah pasti r jd nenek angkat aku gak kan..)
...kat kampung mane tah...aku x ingat tempat too..

sedang incik ayah ngan puan emak berburak kat lam umah ngan nenek...
aku yang mase too dalam umo 8-9 taon...p r melepak ngan cucu nenek too...
sudah jadi kebiasaan r owng2 kat kampung akan bele kera berok 
untuk cabot kepala uban (eh ye ke??)
cari kutu, panjat pokok pisang kelapa dan lain-lain pekerjaan 
yang sesuai dengan profesionalisme si berok too...

aku ngan cucu nenek nie td p melepak kat depan umh nenek too...
smbil berulamkan pisang goweng cecah kopi...
kami melihat telatah si berok yang berusaha nk mendapatkan pisng dari kitowg,...
hahaha...
syok beb...
cm tengok cite seram pown ad...
ad sikit2 saspen..kelakar dan sedey di aher cite nie...  

cm aku ckp td...time mende nie jd aku br umo 8-9 taon...
jd akal x pnjang ag...
ngah aku berborak...si berok yang dr td berusaha nk dpt kan pisang dr kitowg 
mendapat akal yang sgt bernas..pd aku la...
die pown amik aku nye sliper..
aku da cuak...
aku pown terfikir...
" kalo aku amik gune tgn...nnt die gigit misti sakit"
jd aku pown jumpe idea yang agi bernas...
"kalo ku gune kaki misti xsakit...sbb kaki aku kuat..hahahaha(gelk bangge)"

maka aku pown menyuakan kaki aku tok mengambil kasot sliper aku td..
maka dengan gembiranya si berok pown mencakar kaki aku...
..habis berdarah...
si cucu td cpt2 masok dlm pggil nenek ngan incik ayah dan puan emak...
aku di hantar ke klinik hospital yangberdekatan...

"habis la anak kite NI..cacat la die.." incik ayah aku da wiso..
(maaf kan ada ea da wat ayah wiso..)
setibe nye di klinik hospital...aku pown di masok kan kat dalam 1 bilik menjahit operesen..(kowt)
x lame pas too...doktor ngan 4 owg nurse masok...
ramaikan..
taw x..ape function nurse yang 4 owg too??
haa...nie aku nk bg taw...
doktor too x bg aku ubat bius...
sbb time too aku kecik ag...
kene lak aku da melolong cm nk maot...
too pasal la
nurse yang 4 owg too kene pgg kaki ngan tgn aku...
ase beb setiap kali jarom too masok kaki...
fuuhhhh....
sakit die...xterbagi taw aku cm ner ase die...

setelah selesai aku  kaki aku di jait...
doktor pown kua dan berborak ngan pamili aku...
die kate...
seb bek berok too baik x sempat cakar dalam......
kalo kene urat kaki mmg aku da cacat da skunk nie...

jd die kate aku da ley balik...
setibenye aku kat umah nenek td...
aku nmpk nenek td dok blasah si berok too...
nak maot gak r berok too aku nengok nye...
sian pown ada...
salah aku kan...
tp...
padan muke ko...
cakar aku ag...sape suh,...hahahaha...
(da sakit pown jaat ag...)
xlame pastoo...aku pown alek kl alek..
x ag jumpe ngan berok to...
xtaw r apa kaba die...
secebis kenangan yang kita ada...
akan jadi penawar tok mengubat luka 
lara yang datang dalam hidup kita...
hargailah semua kenangan too...
sebab...
hanya kita yang ada kenangan too...
owg len xd...
 









dak skema..

Tuesday, October 19, 2010

kenangan membawa ke tua...

da lame rase nye aku menyepi dari menulis pape kat blog nie...
hahaha....
ase gembire bila sume assignment da siap...
skunk ley tumpu kat midterm yang bakal aku amik ujung bulan nie...
hurm...
bukan too yang aku nk cite kat entry aku kali nie...
tp aku nk saje nk kongsi kn pengalaman nakal aku mase aku kecik2 lu...

owg tue2 kate...
kalo budak2 nakal...makne nye dak too bijak...
jd adakah aku berada dalam golongan BIJAK seperti yang dimaksudkan...
hahaha
perasan ek.//
(eh...suke ati la...blog aku...hahaha)
baik la...
aku ase lebey bek kalo aku straight jew kepada point yang aku nk cite...

mase zaman aku kecik2 lu...aku nie agak nakal...
dan GANAS...aku mmg berkawan ngan dak laki...
klo stakat permainan dak pmpn nie...
men masak2, men patong...aku x layan r der....
hahaha....
blagak ek....(",)v

mase zaman DOLU2...aku mmg lasak...pernah satu ari too...aku nk p mandi ngan adk aku....tp kami berlumbe...
aku ckp cm nie...
           "sape masok bilik air lu die menang k?" kate aku kepada incik adik
            " ok " balas incik adik pendek..
            " 1..2...3...lari" aku bertempik..
aku memang da nmpk sinar kejayaan kat depan mate aku...stakat adik aku yang berkaki pendek nie...
xd hal la bg aku...
gedebusshh!!
aku da telentang da kat bilik air too...ala...bese r...kat bilik air misti ad kain lap kaki kan...
aku terpijak kain too...too yang terjatuh too...
           "ko...ok x kak??" tanye incik adik kepada aku
           " ok2...ko jgan ckp kat mak aw aku jatuh.." aku berkata
           " ko sakit x?" tanye incik adik ag
           " x sakit...aku ok" smbil tersenyum...
           " tp ad darah r weh" incik adk wat muke panik
aku pown ngan masih ag terbaring kat atas lantai bilik air too...cube merabe lantai too...dan aku nmpk darah....seraya aku berkata
          " adk...sakit.,,cepat pggil mak" dan2 too gak aku sakit...
hahahaha....
hambek ko....
nakal ag...kan da kene...smpai klinik jew rambot aku da keras cm bihun...
botak seketike aku time too...tp xd la botak keseluruhannye...botak kat tmpat luke too jew r... 
hahah...too die kenangan aku yang bakal aku simpan smpai ke alam tua...
kenangan yang bakal aku cite kat ank2 n cucu2 aku nanti...
kenangan yang bakal wat aku ketawe bile di ingat alek...  
sesungguhnye setiap yang berlaku dalam kehidupan 
kitalah yang akan mematangkan kita...
jd simpanlah kenangan yang ad tok cerite dimasa tua nanti...
 







dak skema..

Monday, September 27, 2010

khilafku....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya segala yang aku pernah lakukan dahulu merupakan khilaf dari diriku sendiri...
bukan aku x belajar agama...
bukan jugak sebb mak ayah ku x larang...
aku jugak x salah kan kwn2 aku...
khilaf yang aku pernah buat dulu adakah kerana keseilapan yang datang dari aku...
cm dalam salah satu teori yang aku blaja kat sini, bila seseorang too da smpai satu peringkat umur, die akan melalui satu tahap yang di panggil indentiti vs kekeliruan identiti....pada tahap ni dowg akan mudah terjebak ngan sesuatu yang dowg ase kan besh/syok tok d wat...

cenggitoo gak ngan aku....
mungkin persekitaran aku yang berada kat kwsn org2 yang jenis sosial...
sbb too aku penah tersalah jejak,,,
tp cm aku ckp td...aku x salahkan kwn2 aku...
sume too slh aku...
sbb aku x gune kan akal pertimbangan waras aku...
aku just pk nk enjoy...
Alhamdulillah...
mak ayah aku bg aku ilmu agama yang pd aku mampu bimbing aku tatkala aku hampir menyimpang dr yang sepatutnya...
Alhamdulillah...
Aku d kurniakan dengan kwn2 yang berakhlak baik...
dan..
Alhamdulillah ...
Allah masih memberi hidayah kat aku...too r yang paling penting dlm hidup kita sebagai manusia...

aku bukan ape...
sbnr nye aku ad terbace kat someone punye note...
tentang seorang pramugari yang koma sebaik shj die jejakkan kaki d Madinah...
 http://www.facebook.com/note.php?note_id=125374637512660&id=100001218580441 

aku bukan nk ulas pnjg...
cume nk bold kan ape yang penting utk semua yang bc 
blog nie...

Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.

 jom la kita berubah...
mende nie bukan utk mmbeban kan kita
tp tok kebaikan DUNIA dan AKHIRAT...
 cm aku ckp...aku penah khilaf...
dan skrg aku ngah cube yg terbaik tok berubah...
semoge kite semua sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t

sampaikanlah ilmu yang anda tahu walaupun sedikit...
kerana setiap kali ilmu tersebut dikembangkan..
anda turut mendapat sahamnya...
yang ikhlas,
dak skema,
shuhada.

Sunday, September 26, 2010

kau pun cantik...






aku mulakan entry aku kali nie ngan lafaz yang mulia..
semoga entry aku kali nie akan dapat membuka semula fikiran kita 
terhadap apa yang kita lihat didepan mata...

C.A.N.T.I.K.
ada pelbagai perspektif yang ley kita kait kan ngan cantik...
contohnya...
cntik dr segi wajah
cantik dr segi badan
cantik dari segi perwatakan
cantik dari segi akidah 
dan ad byk ag aspek yang ley kita kaitkan dengn cntik...
tp kebykkan dari kita sering memandang CANTIK itu...dari satu sudut pandangan jew...
contohnya wajah...
jarang aku dgr org memuji mereka yang kurang upaya...
aku bukan nk mengaibkan sesiape...
tp niat aku tok bukak semula mate dan akal kita semua




kadang2 wujud satu perasaan marah dalam diri aku bila
ada sesetengah masyarakat kita menghina org2 yang kurang bernasib baik...
"ko ingat ko sempurna sgt nk hina org??"
bg msyrakat skrang mereka yang berkulit putih, kurus...
too r yang lawa...
abis too cm ner yang owg yang gemok??
hitam???
cacat??
mereka pown ciptaan Allah
tp pernah x kowg pk...yang kowg x mampu nk cipta owg yang kowg kutuk too...
sume too ciptaa YANG MAHA PENCIPTA...
Dia mencipta hambanya mengikut ape yang dkehendakiNya
dan setiap cptaan yang kowg lihat kat muka bumi nie,..
adalah sebaik2 ciptaan...

kali nie,,aku nk selitkan sikit hadis yang aku rasakan patut tok aku kongsi kat cnie...
...dari Ali bin Abi Talib r.a "aku dengar 
Rasulullah s.a.w bersabda. "tiga golongan dari umatku yang akan menghiasi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:
- orang gemuk tapi kurus
-orang yang berpakaian tapi telanjang
-orang yang alim tapi jahil

1. adapun orang yang gemuk tapi kurus ialah wanita yang sihat tubuh badannya, tp kurang ibadat 
2. orang yang berpakaian tp telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tp tidak tutup sempurna
3. orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan sesuatu yang haram kerana kepentingan peribadi...
**renung2kan dn slamat beramal...
akhir kata...
walaubagaimana pun rupa kau...
tetap cantik di sisi Allah selagi kau melaksanakan tanggungjawab 
kau sebagai hambaNya di muka bumi nie... 

 










ingatan ikhlas:
dak skema
shuhada.

Wednesday, September 22, 2010

doa-jodoh


sebagai seseorang yang dilahirkan dalam agama Isalam yang indah, 
setiap perbuatan yang kita lakukan ada doa yang perlu di baca supaya apa 
yang kita kerjakan akan diberkati dan di rahmati..
(tetibe ase nk gune ayat skema..kowg layan je r eh...)
hurm...bukan mudah nk cr pasangan yang betul2 sesuai untuk kita...
jd...
cube kita amal nie doa nie...setiap lepas kita solat...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
credit to: tentang cinta.com

 aku pown hanyalah manusia biasa yang tak lepas dr melakukan kesilapan...
tp ku akan sntiase cube tok perbaiki dr nie...
aku perlukan support dr kowg...
semoge entry aku kali nie...
dpt gak membantu kowg...