disini tempat aku berkongsi suka duka aku

Allah did not promise that the way would be easy..
but..
He did promise that
He would be with you
in every single step of your life
as long as you want Him to...

Tuesday, February 14, 2012

perkongsian ilmu 1

Assalamualaikum dan selawat ku panjatkan sebagai pembuka bicara kita pada pertemuan ini semoga semua ilmu yang dikongsi kali ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Ruangan ini bertujuan bagi kita saling bertukar ilmu pengetahuan.  Baiklah bagi entry yang pertama ini ku ingin berkongsi tentang soalan-soalan klise yang sering dikemukakan oleh individu yang agak lemah pengetahuannya dalam bidang agama.  Tidak kiralah samaada individu tersebut merupakan seorang muslim atau tidak.

Mengapa saya perlu menyembah Allah?

Baiklah, sebagai manusia kita hanya menumpang jasad yang diberikan oleh Allah.  Malah, roh yang berada dalam jasad ini juga merupakan suatu pinjaman Allah kepada kita.  Ini menunjukkan bahawa badan kita ini bukan milik kita.

Baiklah mari kita sama-sama buktikan.  Sekarang cuba angkat tangan anda dan genggamkan. Sekarang cuba angkat kaki pula dan goyangkan-goyangkan.  Anda boleh melakukannya?? Baiklah sekarang cuba buka mulut anda, cuba tutup pula.  Boleh?? Hurm, mari kita teruskan.  Anda semua tahukan bagaimana kita boleh merasakan degupan jantung kita. Ya, cuba pegang dada anda untuk rasa degupan jantung. 

Da rasa?sekarang cuba hentikan degupan tu untuk 5 minit.  Boleh? Siapa yang boleh??

Cuba angkat tangan…hurm..tak boleh kan? Begitu juga dengan sistem dalaman yang lain macam paru-paru, hempedu, hati dll. Kita tidak mampu untuk mengawalnya.  Cuba bayangkan, kalau benar jasad ni milik kita, kita yang kawal badan kita…bila tiba suatu masa kita tengah sibuk buat kerja, macam mana dengan pengawalan organ badan? Kalau macam tulah InsyaAllah ramai yang tak jumpa hari tua sebab x mampu nk mengawal kesemua organ badan dalam satu masa yang sama.

Ini menunjukkan bahawa sebagai manusia kita hanya mampu mengawal tidak sampai 5% daripada tubuh badan kita.  Yang selebihnya berfungsi secara automatic macam yang ditetapkan oleh Allah.   Itu menunjukkan bahawa jasad yang kita miliki ini bukan milik kita. Ia hanyalah sekadar pinjaman dari Allah. 
Sebagai balasan kita kepada Allah yang telah meminjamkan anugerah terindah ini, hanya satu perkara saja yang Allah minta.

Mengaku Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

jadi MENGAPA ANDA PERLU MENYEMBAH ALLAH?

Tepuk dada, tanya iman dan akal.  Semoga kita semua sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan hidayah Allah s.w.t.
Amin~~

Monday, February 13, 2012

rindunya...

assalamualaikum dan selawat kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w
setelah sekian lama blog ini bersawang, akhirnya diri ini berpeluang jua untuk kembali menulis
dalam ruangan ini.

hurm...diri ini teringat akan seseorang yang pernah memberikan kata-kata ini kepada ku..
"sampaikanlah ilmu itu walaupun sepatah"

jadi dari kata-kata itu, diri ini berasakan adalah lebih baik sekiranya satu ruangan bagi kita berkongsi ilmu diwujudkan...oleh itu, selepas ini insyaAllah entry-entry yang akan dimuatkan
di ruangan ini adalah entry yang lebih ilmiah...

hurm..semoga dengan wujudnya entry ini..ukhuwah antara kita semakin erat dan
dapatlah kita berkongsi ilmu...
amin~~

Wednesday, September 7, 2011

Subhanallah- Maha Suci Allah

assalamualaikum semua..apa khabar agaknya  anda semua ye? mudah-mudahan semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.  sesunggahnya segala yang ditetapkan oleh Allah swt merupakan suatu yang sangat indah untuk setiap hambanya.  INDAH KEW SHUHADA?? jawapannya "YA".  walau sepahit mana pun kehidupan kita, kenanglah ia kerana  itu merupakan perkara terindah yang membuatkan kita kenal erti hidup.
hehe...meleret pula "Set Induksi" aku kali ini.  apa sebenarnya yang aku nak kongi
dengan kawan-kawan aku ialah saat indah yang aku alami sewaktu 
pertama kali menjejakkan kaki di UPSI dan bergelar mahasiswi UPSI.

sebenarnya hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru.  aku dapat
lautan manusia disekitar kawasan kolej aku ini.
sehingga membuatkan hati ini sayu kerana terkenangkan saat aku 
sampai sini dulu.

"ESOK, ADA NAIK BAS TU LAH PERGI KAMPUS" kata ayahku saat melihat bas UPSI 
lalu melepasi kami.  bukan main gembira lagi mak dan ayah aku bila tengok anak mereka ini
dapat menjejakkan kaki di Universiti.

sambil membawa baldi, bantal busuk, dan beg baju. aku hanya tersenyum.  
manisnya saat itu...mesti awak semua pun ada saat manis 
yang dirasakan masa itu kan?  walau apa pun yang awak
semua alami ingatlah, bahawa kehadiran kita di sini memikul amanah
dari ibu bapa di kampung.  oleh itu, aku harap..amanah 
itu masih lagi dipikul walau apa pun badai yang mendatang.

wah, menitis lagi air mata ini..hehe..ok la...terima kasih sebab sudi jenguk page ini  dan 
baca entry aku. semua kita semua sentiasa di bawah lindungan Maha Penjaga.
~amin~
dari aku,
dak skema.

Tuesday, April 19, 2011

ciptaanMu Teragung...

aku mulakan entry aku kali ni dengan ucapan syahadah dan basmallah moga apa yang bakal aku kongsikan dapat berkat dariNya, seterusnya, aku nk panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada yang Maha Berkuasa, Pemilik sekelian alam, Penentu segala dan Pencipta hati-hati manusia.  sesungguhnya Dia telah menciptakan hati aku dan hati dia yang mana kedua-dua hati ini sedang menuju ke jalan yang lebih diberkati olehNya InsyaAllah ke alam perkahwinan....


the thing that i want to share here is, im so thankful because i've found and met someone that thought i couldn't met before.  someone that will accept me just the way i am.  someone that can accept my background whether it is "white or black".  hati ini di hambat rasa terharu, rasa bersyukur, rasa sangat kerdil di sisiNya apabila sagala pengakuan yang dibuat padanya dibalas dengan jawapan yang sangat mengejutkan hati ini.  sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dalam setiap aturan yang di buatNya.  hati yang kerdil lagi kecil hanya mampu memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan syukur kerana menemukan hati ini dengan hati yang sangat .....(don't know how to say..only Allah knew)...hati yang sangat redha dengan apa yang ditentukan dan ditakdirkan Allah.  ALHAMDULILLAH...


apa yang mampu aku cakap kat entry kali ini ialah...
andainya air mata mu mengalir hari ini
kerana menginsafi dosa-dosa semalam...
percayalah bahawa esok,
anda akan tersenyum kerana...
Allah sentiasa ada bersama kita...

yang ikhlas,
dak skema.

Monday, April 18, 2011

muhasabah cinta...


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x

memang ada antara anda yang berada diluar sana yang dah pernah dengar lagu ini, tapi entry kali ini sekadar perkongsian buat yang belum pernah dengar.  entah kenapa, sejak akhir-akhir ni senang sangat air mata nie mengalir...tapi bukan mengalir untuk mengenangkan insan lain ye...cuma sekarang hati ini sangat mudah terusik bila teringatkan arwah ayah, teringat zaman persekolahan, teringat zaman2 lawan mak ayah dulu, zaman jadi JAGOAN kat sekolah...rindu ke??menyesal ke??aku sendiri pun x pasti dengan apa yang aku rasa...pelik ek??

yang paling jauh bukanlah bintang, mentari dan jua rembulan,
tapi...
merupakan masa yang telah berlalu dan takkan kembali...
kelmarin...
kelmarin yang akan luput menjadi secangkir kenangan,
kelmarin yang terluput mengukir sesalan.
apa yang ada???
yang ada hanyalah hari ini dan akan datang.
gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu 
menjadi milik kita,
sedangkan...
semalam telah pergi buat selama-lamanya...
**peringatan siDia buat aku dan aku kongsi bersama korang semua

kawan-kawan...janganlah kita terlalu taksub dengan cinta manusia yang takkan membawa kita kemana-mana pun...YA...memang kita dibenarkan untuk berkasih sayang sesama insan, tapi janganlah sampai kasih sayang tersebut melunturkan kasih sayang kita pada yang lebih layak...Allah...
aku sedar aku bukanlah insan yang layak untuk menasihati sesiapa kerana aku sendiri masih lagi lemah dalam agama aku sendiri...banyak lagi ilmu yang belum aku pelajari, tapi dalam surah al-'asr ayat 3 "...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN..." telah menyebut bahawa Allah mengkehendakkan kita untuk saling ingat mengingati...

jangan lupa bahawa sebelum jasad ditiupkan roh, kita telah sain kontrak untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan...jadi, bila Allah dah tunaikan apa yang kita pinta kenapa tidak kita sebagai manusia tunaikan apa yang Allah suruh...betulkan???JOM TUNAIKAN JANJI KITA...
yang ikhlas,
dak skema.

Sunday, April 17, 2011

indahnya cinta...


assalamualaikum...dah lama aku tak post entry2 baru untuk santapan pembaca semua kan??? kali ni aku nak kongsikan apa yang telah aku jumpa semasa aku sibuk mencari video2 menarik di laman sesawang youtube td...INDAHNYA CINTA pada mulanya aku ingatkan video tentang kisah cinta remaja atau cinta monyet macam yang pernah kita semua  alami.  rasanya tiada siapapun yang terkecuali kerana kita sebagai manusia memang secara fitrahnya ingin disayangi dan di kasihi tak kiralah oleh ahli keluarga, sanak saudara, kekasih atau sahabat handai.  walau siapapun yang kita kasihi dan sedalam manapun kasih sayang kita kepada orang yang kita kasihi itu janganlah sampai menandingi kasih sayang kita kepada Pencipta kita ALLAH s.w.t yang tak pernah jemu memberikan kita rahmat dan kasih sayangnya dalam kehidupan kita seharian.  janganlah juga kita lupa pada kasih sayang Baginda Rasulullah yang tak pernah lupakan umatnya sehinggakan sewaktu baginda wafat, baginda masih memikirkan tentang umat-umatnya yang bakal hidup tanpa melihat baginda.

:) panjang lebar pula intro aku kali ni...sebenarnya apa yang hendak aku sampaikan pada korang semua ialah 
kasih ibu membawa kesyurga,
kasih bapa sepanjang masa,
kasih saudara masa BERADA,
kasih kawan masa bersama,
kasih kekasih hanya pada rupa,
KASIH BAGINDA JANGAN DILUPA,
KASIH ALLAH PALING UTAMA.

sesungguhnya kebijaksanaan+kesihatan+kecantikan+kegagahan+kehidupan yang kita miliki sejak dari lahirnya kita didunia ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita...balaslah kasihNya dengan patuh pada perintahNya dan tinggalkan laranganNya, nescaya hidup akan bahagia...
yang ikhlas,
dakskema

Monday, March 21, 2011

cebisan kenangan

setelah sekian lama aku menyepi, akhirnya dapat juga aku mencoret kembali, sesuatu yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan aku disini.  sebenarnya sekarang ini, aku dan kawan-kawan aku di UPSI sedang sibuk menyiapkan baki-baki tugasan yang masih lagi belum disiapkan.. masing-masing agak tension dan penat sebab nak berikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang lect kami amanahkan.  sebab tu kalo perasan ad jew antara kawan-kawan aku kat sini yang mukanya...MASHAALLAH.... sembab...hurm...tapi...semua tu akan menjadi cebisan kenangan terindah buat kami semua apabila kami telah graduate nanti...owh ye....sebenarnya, kami diberi tugasan untuk membuat blog.  jadi aku pun terpaksa membuat lagi 1 blog khas untuk tugasan tersebut.  ini URLnye... nurulshuhadabintiesakkaq1043.blogspotl.com jadi kalau anda semua ada kelapangan nanti, jemputlah singgah ke laman tersebut.  tapi, buat masa sekarang blog tersebut masih lagi kosong..insyaAllah...hujung minggu ini ada info yang boleh aku kongsi bersama dengan anda semua...
(oleh sebab terlalu banyak assignment...aku pun sudah jadi terbiasa untuk menggunakan bahasa dan ejaan standart...tapi rasanya ini juga merupakan salah satu cara untuk kita hargai bahasa kita sendiri kan? jadi, tiada sebablah mengapa aku perlu berasa malu untuk menggunakan bahasa standart dalam blog aku ini. )